02. Kenali i~KUPs

PENGENALAN SEKOLAH

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu yang lebih dikenali sebagai SBPIKP atau i-KUPS merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh yang menggariskan misi untuk melahirkan pelajar yang berkepimpinan tinggi dan mempunyai sahsiah yang baik. Sistem pendidikannya berkualiti dan mengutamakan kecemerlangan akademik pelajar yang selaras dengan perkembangan kokurikulum. Justeru, sistem pengambilan pelajar lepasan UPSR dan PMR lebih tertumpu kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.

Integrasi ialah gabungan pelbagai aliran di peringkat menengah atas. Ini bererti di tingkatan empat dan lima, pelajar akan ditempatkan sama ada di kelas beraliran Sains Tulen, Sains Teknikal atau Sains Tulen Agama. Sementara di tingkatan 1 hingga 3, pelajar diwajibkan mengambil 10 mata pelajaran termasuk Bahasa Arab dan Bahasa Antarabangsa seperti Bahasa Perancis, Bahasa Jepun dan Bahasa Mandarin.


 

LOGO SEKOLAH

LOGO BARU SBP INTEGRASI KUBANG PASU

SEGI EMPAT
Kepercayaaan kepada Tuhan, kesatuan ummah dan kesepaduan matlamat ke
Arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

TOPI GRADUAN
Melambangkan kecemerlangan dan kegemilangan dalam semua bidang.

BUKU YANG TERBUKA
Ilmu yang bertunjangkan rukun iman yang enam.

SEGI TIGA
Melambangkan penggabungjalinan atau integrasi tiga aliran yang wujud di sekolah berasaskan moto sekolah iaitu Cemerlang, Gemilang, Terbilang.

BENTUK BULAT
Globalisasi dan pemikiran global warga sekolah.

WARNA KUNING KEEMASAN
Melambangkan kemakmuran dan kegemilangan. Ketaatan terhadaap keluhuran perlembagaan,undang-undang, raja dan negara.

WARNA BIRU
Warna alam. Kasih sayang dan keharmonian sejagat.

WARNA MERAH HATI
Semangat juang yang tinggi membara. Berdaya saing dan berani menghadapi cabaran.


BENDERA SEKOLAH


 

VISI DAN MISI SEKOLAH

 

VISI

SBP Integrasi Kubang Pasu Menjana Insan Syumul Menjelang 2015 Ke Arah Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia

MISI

Merealisasikan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum
Membentuk sahsiah pelajar dengan sifat2 mahmudah
Mendidik pelajar mengamalkan kepimpinan cemerlang
Membudayakan sikap penyayang dan prihatin serta cintakan sekolah dalam memperkasakan slogan ‘SBPI KUBANG PASU BOLEH’
Melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang dapat memberi sumbangan terhadap agama, bangsa dan negara
Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk semua warga sekolah
Membudayakan etika kerja yang cemerlang, berhemah, beriltizam dan amanah dalam suasana mesra dengan semua pihak.


 

LAGU SEKOLAH

Jayakan misi cemerlang
Julang wawasan gemilang
Membina bangsa terbilang
Itulah tekad, matlamat serta azam kami
Warga SBPIKP seluruhnya
Berbudi bahasa sahsiah kami
Istiqamah menuntut ilmu
Sepadu terdidik rohani jasmani
Kamilah pewaris dunia
SBPI Kubang Pasu
Gah nama menara ilmu
Suluh semangat Yakin Boleh
Namamukan terpahat di mata dunia
Cemerlang, Gemilang, Terbilang

Lagu oleh: En. Nadzri Ramli
Lirik oleh : En. Ariffin b. Salleh